Sunday, October 25, 2009

~1,000 Burung Kertas~

Sewaktu Boy dan Girl baru becinta,Boy melipat 1,000 burung kertas buat dara pujaan,menggantungkannya di dalam kamar si gadis.Menurut Boy,1,000 burung kertas itu menandakan 1,000 ketulusan hatinya.Kala itu,terasa betapa indahnya cinta mereka berdua.
Tetapi,sampai satu ketika,Girl mula menjauhi Boy.Tiba-tiba sahaja Girl mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dan akan mengikut bakal suaminya menetap di Paris,tempat yang selama ini sering diimpikannya.
Sewaktu Girl mahu memutuskan perhubungannya dengan Boy,mereka telah bertemu buat kali terakhir.Berkata Girl kepada Boy. "kita harus melihat dunia ini dengan pandangan yang luas.Berkahwin bagi seorang anak gadis sepertiku adalah kehidupan kedua kalinya.Aku mengambil kesempatan ini dengan baik.Kamu terlalu miskin,sungguh aku tidak berani membayangkan bagaimana kehidupan kita setelah bernikah nanti! "
Setelah Girl terbang ke Perancis,Boy bekerja behempas pulas.Dia pernah menjual surat khabar,berniaga kecil-kecilan dan mengambil upah sana-sini.Setiap pekerjaannya Boy laksanakan dengan sangat baik dan tekun.
Beberapa tahun kemudian,atas jasa baik seorang rakan di samping kerja kerasnya juga,Boy akhirnya berjaya mempunyai sebuah syarikat sendiri.Boy sudah kaya tetapi hatinya masih teringatkan Girl.Sungguh dia masih tidak tegar untuk melupakan insan yang pernah bertakhta dan menjadi cinta hatinya dulu.
Pada suatu hari,waktu itu hujan renyai-renyai.Dari kereta mewahnya,Boy melihat sepasang warga emas berjalan perlahan-lahan di hadapannya.Dia seperti mengenali kelibat tua itu tetapi siapa ya? Tidak lama dia berfikir....Ah,mana mungkin dia lupakan ibu bapa Girl yang pernah kenal baik dengannya dulu.
Boy ingin mereka tahu bahawa sekarang,dia bukan sahaja mampu memandu kenderaan mewah tetapi juga menjadi pemilik sebuah 'istana' dan bisnes sendiri.Dia mahu mereka tahu bahawa Boy sekarang bukan lagi Boy yang miskin seperti dahulu.Lalu,Boy mengikuti mereka dengan rapat dari belakang.Dia tidak sabar untuk melihat reaksi mereka nanti.
Hujan terus turun tanpa henti.Biarpun kedua-dua orang tua itu memakai payung tetapi badan mereka tetap basah kerana tempias.Sewaktu mereka sampai ke tempat yang dituju,Boy tercengang dengan apa yang ada di hadapan matanya - sebuah pusara.Terpahat sebuah nama yang pernah membuat rawan dihatinya.
Di samping pusara itu,terdapat beberapa burung kertas yang pernah dilipat oleh Boy,saling bergantungan.Dalam hujan,burung-burung keras itu terlihat begitu hidup.Orang tua Girl memberitahu Boy,Girl tidak pergi ke Paris tetapi dia berada di syurga.Girl sebenarnya diserang penyakit kanser.Girl ingin Boy menjadi seseorang serta mempunyai sebuah keluarga yang harmoni.Girl tahu,itu semua hanya akan menjadi realiti dengan cara begitu.
Menurut Girl,dia sangat memahami Boy.Dia percaya,kalau Boy berusaha,pasti akan berhasil.Girl juga mengatakan,kalau pada suatu hari Boy akan datang ke pusaranya,tiada apa yang diharapkan selain burung-burung kertas Boy.Mendengarkan itu,Boy menjadi longlai.Dia hanya mampu berlutut di depan pusara itu.Tangisannya kedengaran begitu sayu dan menyayat hati.
Hujan pada hari itu terasa tidak akan berhenti,membasahi sekujur tubuh Boy.Boy teringat senyuman manis Girl yang begitu polos.Mengingat semua itu, 'hatinya mulai menitiskan darah' .Setelah agak lama termangu di situ,mereka bertiga berjalan seiringan.Boy membukakan pintu kereta untuk ibu bapa Girl yang sudah dianggapnya seperti ibu bapa sendiri.Terdengar sebuah lagu sedih bermain secara berulang-ulang dari kenderaanya.


"Hatiku tidak pernah menyesal menyintai mu..
Semuanya hanya untukmu, 1,000 burung kertas..
1,000 ketulusan hatiku,
Bertebangan di dalam angin,
Menginginkan bintang yang lebat bersebaran di langit..
Apakah aku mampu bertemu dengan mu?
Tidak takut berapapun jauhnya,
Hanya ingin sekarang langsung berlari ke sampingmu..
Masa lalu seperti asap,hilang dan tak akan kembali..
Menambah kerinduan di hatiku..
Bagaimanapun dicari,jodoh kehidupan ini pasti tidak akan berubah..