Sunday, October 25, 2009

geng kepala mereng. lokasi; klcc

yang ni aku xpaham. asal aku perangai macam beruk.
minum todi pun rasa nye x.
ahaha. myb sengal 2 datang time single2 kua ahahaha.
mampus yanie baca blog nie.
mau kene samurai kepala aku karang.
ehehe.

kem rakan muda lokasi; bentong,pahang

sempoi.lepak gan orang2 tua warga iic ni.
semua senior, aku jeh junior.ehehe.
terasa muda 10tahun la babe. bahaha.
happy sial.time ni la aku menimba ilmu.
ilmu hisap rokok gulong(sp) bahaha.
macam xda faedah jeh g sane.
balik same je menyetan nye. kan3 bro.
tapi bagi aku. cukup la dapat kenalan baru.
dari makan pisang je g sane.
ye x. paling aku pelik.
dorang ni buto ajak nyo.
ada ke gelo den ni komando.
ape terencat otak agak nye.
ahaha. tapi xpela. kat iic pun jarang jumpa dorang.
bcoz aku kan student paling rajin datang kelas.
eheee. papahal ada program hardcord. call aku k.
ehehe. macam la dorang bukak blog aku yang sengal ubi ni.
ehehe.

hana.yanyan.lalakhenet.yanie.

yang tang awek aku aku kurang paham sikit.
ape kehe nye hotdog ada dalam mulut 2 yunk.
ahaha.same spesis gan aku.(kurang siuman)
bahahha.selamat la ada ustazah hana time 2.
kalau x.len jadi kat 3kupal ni.
bahaha. best.sempoi.gila.gila.
2 yang aku dapat paham perangai korang.
mula2 malu.
tapi kalau dah masuk hulu.
hilang rasa semalu 2.
hahaha.
p/s; jangan marah haaa.

picnic lokasi; serendah



masalah tiga abdul.
bajet2 hebat jeh bergambar. ahaha.badan kepeng. lain lah aku.
agagaga(bangga diri.) p/s; jgn marah aaa.
rindu sial kat abang2 3line ni.
maxis,digi,celcom!!!
ahaha.ko pikir lain asal ! time ni leh lepak same2.
epy sesame. susah ma mau carik balik time mcam ni.semua kupal.
arm; jejaka mastulin.
me.Que; jejaka comel.
mien; jejaka gila.gila.
memang ni yang aku dapat tafsirkan antara kami beertiga.
hope korang happy gan life korang sekarang.
masing2 dah ada haluan masing2.
jgn lupakan persahabatan kite sudah.sob.sob. -_-
(bikin cita telanovela pulak da.)
ahaha.
see u next time bro...

buang masa. lokasi; klcc

uh ! baru perasan muka aku kelihatan hensem! ahaha
maut kalau yanie tahu ni. alah. die tau pun ape salah nye.
memang dia paham laki dia mereng sejengkal.
kah3.sumpah rindu time ni.
happy jerh. ada masalah pun terajang kekiri.ehee.
tengs 4 photographer; arm chantek
kan best kuyam dan lala couple balik.xda masalah aku
nak pkirkan jodoh dua manusia nieh lagi.ehehe.
kalau ada jodoh la ye.
yang penting aku happy hidup di samping yanie.
love u mydear. emmuahhh ! OPSSS.
telebey sudah! ahaha





Cinta Tanpa Kata-kata..

Hidup adalah warna warni,
Jika datang cinta selalu,
Aku adalah pencinta biasa,
Yang dengan hati mencintaimu,
Mencinta dengan caraku,
Cinta yang mengharapkan setia,
Cinta tanpa kata-kata,
Cinta seperti embun dan pagi,
Cinta seperti bulan dan bintang,
Cinta seperti api dan bara,
Kamu telah ku pilih untuk cintaku,
Bukan cinta untuk melampiaskan nafsu semata-mata,
Bukan cinta untuk saling berdusta,
Tapi cinta untuk meraih bahagia,
Ku nikmati semua waktu yang ada,
Walau hanya dalam dunia maya kita bersua,
Walau hanya dalam nada mendengar suara,
Nurani ku menyimpan harapan menjadi nyata
Serta berharap kau menjadi Cintaku untuk selamanya..
~1,000 Burung Kertas~

Sewaktu Boy dan Girl baru becinta,Boy melipat 1,000 burung kertas buat dara pujaan,menggantungkannya di dalam kamar si gadis.Menurut Boy,1,000 burung kertas itu menandakan 1,000 ketulusan hatinya.Kala itu,terasa betapa indahnya cinta mereka berdua.
Tetapi,sampai satu ketika,Girl mula menjauhi Boy.Tiba-tiba sahaja Girl mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dan akan mengikut bakal suaminya menetap di Paris,tempat yang selama ini sering diimpikannya.
Sewaktu Girl mahu memutuskan perhubungannya dengan Boy,mereka telah bertemu buat kali terakhir.Berkata Girl kepada Boy. "kita harus melihat dunia ini dengan pandangan yang luas.Berkahwin bagi seorang anak gadis sepertiku adalah kehidupan kedua kalinya.Aku mengambil kesempatan ini dengan baik.Kamu terlalu miskin,sungguh aku tidak berani membayangkan bagaimana kehidupan kita setelah bernikah nanti! "
Setelah Girl terbang ke Perancis,Boy bekerja behempas pulas.Dia pernah menjual surat khabar,berniaga kecil-kecilan dan mengambil upah sana-sini.Setiap pekerjaannya Boy laksanakan dengan sangat baik dan tekun.
Beberapa tahun kemudian,atas jasa baik seorang rakan di samping kerja kerasnya juga,Boy akhirnya berjaya mempunyai sebuah syarikat sendiri.Boy sudah kaya tetapi hatinya masih teringatkan Girl.Sungguh dia masih tidak tegar untuk melupakan insan yang pernah bertakhta dan menjadi cinta hatinya dulu.
Pada suatu hari,waktu itu hujan renyai-renyai.Dari kereta mewahnya,Boy melihat sepasang warga emas berjalan perlahan-lahan di hadapannya.Dia seperti mengenali kelibat tua itu tetapi siapa ya? Tidak lama dia berfikir....Ah,mana mungkin dia lupakan ibu bapa Girl yang pernah kenal baik dengannya dulu.
Boy ingin mereka tahu bahawa sekarang,dia bukan sahaja mampu memandu kenderaan mewah tetapi juga menjadi pemilik sebuah 'istana' dan bisnes sendiri.Dia mahu mereka tahu bahawa Boy sekarang bukan lagi Boy yang miskin seperti dahulu.Lalu,Boy mengikuti mereka dengan rapat dari belakang.Dia tidak sabar untuk melihat reaksi mereka nanti.
Hujan terus turun tanpa henti.Biarpun kedua-dua orang tua itu memakai payung tetapi badan mereka tetap basah kerana tempias.Sewaktu mereka sampai ke tempat yang dituju,Boy tercengang dengan apa yang ada di hadapan matanya - sebuah pusara.Terpahat sebuah nama yang pernah membuat rawan dihatinya.
Di samping pusara itu,terdapat beberapa burung kertas yang pernah dilipat oleh Boy,saling bergantungan.Dalam hujan,burung-burung keras itu terlihat begitu hidup.Orang tua Girl memberitahu Boy,Girl tidak pergi ke Paris tetapi dia berada di syurga.Girl sebenarnya diserang penyakit kanser.Girl ingin Boy menjadi seseorang serta mempunyai sebuah keluarga yang harmoni.Girl tahu,itu semua hanya akan menjadi realiti dengan cara begitu.
Menurut Girl,dia sangat memahami Boy.Dia percaya,kalau Boy berusaha,pasti akan berhasil.Girl juga mengatakan,kalau pada suatu hari Boy akan datang ke pusaranya,tiada apa yang diharapkan selain burung-burung kertas Boy.Mendengarkan itu,Boy menjadi longlai.Dia hanya mampu berlutut di depan pusara itu.Tangisannya kedengaran begitu sayu dan menyayat hati.
Hujan pada hari itu terasa tidak akan berhenti,membasahi sekujur tubuh Boy.Boy teringat senyuman manis Girl yang begitu polos.Mengingat semua itu, 'hatinya mulai menitiskan darah' .Setelah agak lama termangu di situ,mereka bertiga berjalan seiringan.Boy membukakan pintu kereta untuk ibu bapa Girl yang sudah dianggapnya seperti ibu bapa sendiri.Terdengar sebuah lagu sedih bermain secara berulang-ulang dari kenderaanya.


"Hatiku tidak pernah menyesal menyintai mu..
Semuanya hanya untukmu, 1,000 burung kertas..
1,000 ketulusan hatiku,
Bertebangan di dalam angin,
Menginginkan bintang yang lebat bersebaran di langit..
Apakah aku mampu bertemu dengan mu?
Tidak takut berapapun jauhnya,
Hanya ingin sekarang langsung berlari ke sampingmu..
Masa lalu seperti asap,hilang dan tak akan kembali..
Menambah kerinduan di hatiku..
Bagaimanapun dicari,jodoh kehidupan ini pasti tidak akan berubah..
ilysuriahani.
lokasi; gentinghighland.

smart.simple.stylo.
lokasi ; highway bangsar,
aku paling suka gambar ni time bawak motor. kalau ada aweks lalu ni.
mau berhenti mintak tumpang. ahaha. tapi sayang ! karang orang umah mengamuk !
ahaha. smart kan motor ego angah. kawan aku dok k.medan. pinjam bawak round k.l malam jumaat. eehehe ~


bercanda. lokasi ; dataran.
lame da beb gambar ni. aku gan suria hani. kekasih aku.
ahahaha. poyo lah.
aku suka ngok gambar ni. sweet kan.
kalau x yekan. korang anak haram ! ahaha

anak jupri.
gila segak aku ! agaga. COVER BRO. perut sikit tekeluar. ahaha.
macam xpercaya aku leh pakai baju melayu complete.
slalu aku malas nak mampus. bagi sampin aku wat selendang ahaha.

kalau dah gila memang susah nak handle.
ni lah orang yang paling close gan aku dalam family aku.
fatin.adik ke2 aku.kaklong.spupu big aku a.k.a bodyguard aku.
n adik aku.last skali.paling gedik. danial. ahaha
family's saian and siti aisah
(first day raya)

kak long.nyai esah.atok saiaan.
antara orang yang paling banyak mengajar aku erti kehidupan. tanpa mereka sape lah aku. ahaha. perh poyo arh. well. aku memang dibesarkan oleh mereka bertiga di sebuah pohon yang paling indah buatku di tanjong karang selangor. di umur 7tahun aku ditatang bagai minyak petrol. ahaha. oleh mereka. kasih sayang dan tunjuk ajar sangat ku hargai. sejak dari darjah satu lagi. dibangku sekolah. aku duduk dengan kedua antok dan nyaiku. bersama gorela sorang ni. aahaha. macam2 kenangan yang xdapat aku lupakan. yela. sampai from3 baru aku berpindah ke sungai buloh, menetap dengan keluargaku.
tengs alot nya da atok
. selama membesarkan aku menjadi orang yang berguna. eheee. ayat nak skema jeh!

ayahnda dan bonda. (sweet couple)
di pagi raya. minta ampun dan maaf bagai xmau. tapi wat dosa balik pada mereka. haih. aku ni memang xkenang budi. eehhee. tapi ape2 pun. aku paling sayang mereka. emmuahh !


khambeng.khambeng. oh ! kambeng.

family aku. GILA kambeng. ahaha. time family runion. 2 ekor kambeng di salai. ahaha. otai salai. pakcik hamdan aku. bujang lagi. sape berminat. call 911. aahah. sedap sial. bukan kambing jeh ada time 2. dodol, nasik beriani, dan cendol. perhhh. memang makanan diet aku. eheee.

otai doodol.
percaya atau x. family aku adalah pengasas dodol di sungai buloh. yeke? ahaha. men pecet jeh aku. tah la. tapi yang paling penting kalau ada hari2 penting. xkan miss lah family aku wat dodol. macam2 dodol atok aku leh bikin. 2 yang best kalau dapat dodol. satu kawah aku sental. tapi silap ari bulan masuk hospital tanjong rambutan(kes gila dodol). ahaha.




family's Yarahim and napsiah.


raya 2009 sangat merianh bagi seluruh keluarga dan rumpun2 yarahim. mana x nye. perjumpaan paling besar pernah diadakan.well orang cakap lame xjumpa sedara. time raya la yang digunakan sepenuhnya untuk merapatkan silaturahim diantara keluarga kami. ni gambar rumpun MANAN(duduk paling kanan). atok aku. ehehe. macho lagi bro. (papahal ada besepah lagi gambar.chow.)